Bukkk....terdengar bunyi sesuatu jatuh...lantas aku bangun dari tidur yang lena...hehe(dah siang)...don't try this at home yaa....tabiat tidur lepas solat subuh..:(
Ish3.....rupa-rupanya adik aku yang paling kecil berumur 2 tahun setengah (Hazim) tarik aku punya bakul atas meja....(ada macam-macam la dalam bakul kecik tu....)....berterabur barang-barang dalam bakul.....Tiba-tiba aku rasa macam nak herdik je dia....and then aku marah lah dia.....tapi selagi aku tak tutup pintu bilik tu, selagi itulah dia akan keep tarik bakul tu.....
| Inila Hazim comel..:) |
Haaaa......sedarkah kita bahawa budak kecil itu sebenarnya tidak tahu apa-apa.....walaupun kita pukul sekalipun dia akan tetap buat semua tu....cuba kita renungkan kembali...sebenarnya itu adalah sebahagian daripada proses kehidupannya....Hazim itu sedang membesar....Jadi memang logiklah apabila dia meneroka satu rumah dia akan menyelerakkan rumah....sebagai orang yang sudah dewasa dan matang, kita seharusnya memberi peluang untuk mereka meneroka dunia ini.....tapi sayangnya....ada juga sebahagian umat di muka bumi ini jahil!!...Kenapa saya berani berkata sedemikian rupa?? Sedarkah kalian jika manusia yang dikatakan "berakal" ini betul dan baik...kenapa saban hari kes-kes dera bayi mahupun kanak-kanak sering terpampang di dada-dada akhbar???....Mereka sebenarnya tidak dapat bersabar dalam melayani kerenah anak-anak.
Puncanya....para "ibu bapa" ini sebenarnya tidak meletakkan agama sebagai tonggak dalam membina asas keluarga mereka.....Jika kita mencontohi akhlak Rasulullah dalam mendidik...pasti mereka berjaya mendidik dengan baik...ramai ibu bapa kini lebih mementingkan duniawi.....jadi...untuk menjadi ibu bapa bukanlah satu perkara yang mudah tetapi tidak mustahil untuk berjaya....berilah peluang untuk anak-anak meneroka dunia yang fana ini dengan sebaiknya tetapi berpandukan agama Islam yang suci agar mereka menjadi mujahid dan mujahidah pembela agama pada masa hadapan...renung-renungkanlah...
No comments:
Post a Comment