Assalamalaikum WBT
First of all, I would like to thank those who read my blog... hahaha... blog cikai-cikai je pun... tak sangka akan ada orang baca blog ni...terutamanya abam-abam manis dan kakak-kakak chomeyl.... Semua nukilan ni hanya coretan diilhamkan Yang Maha Kuasa... Alhamdulillah... Praise to Allah...harapnya dapat tinggalkan jejak-jejak komen yang membina agar dapat saya yang humble ni(eheh humble ke??) membaiki tulisan ni mahupun diri ini..:)
baru 2 hari lepas saya bicarakan tentang lovely sunny day dekat Dungun dalam post kisah blueberry yogurt akan tetapi Allah itu Maha Kuasa... Semalam aku dapat tengok awan hitam berarak bagaikan askar perang datang dari arah Laut China Selatan...dah agak sebenarnya apa yang bakal berlaku pada hari ini dan hari-hari terkemudian(ada ke terkemudian??)...Lantaklah... awan-awan yang datang tanpa dijemput itu memuntahkan peluru-peluru hujan tanpa henti dari Semalam.... Dengar cerita kawasan Kuala T'ganu, Besut dan Kemaman dah dilanda bah.... Dungun belum lagi.... Doakan kami disini tenang dan sabar menghadapi ujian hujung tahun ni... Ala...korang ingat UPSR,PT3,SPM je ke buat hujung tahun... Ujian bah ni pun Allah buat hujung tahun jugak....
Sejukk....
Risau jugak aku sebenarnya sekarang... ayahanda baru je berangkat ke Cherating untuk Kursus beliau.. Kemaman pulak tengah banjir (untuk makluman Kemaman berada dalam list daerah dalam perjalanan Dungun-Kuantan)... diharap ayahanda berada dalam keadaan sihat dan selamat...
Habis dah intro....
Hari ni aku akan kongsikan mengenai Babah aku... aku berbangga dengan perubahan yang positif yang berlaku...
Jujur aku katakan yang ayahanda aku buta al-Quran(disebabkan sejarahnya yang hafal je quran tanpa kenal huruf sampai juz 3 di kelas mengaji). Selalu aku berdoa agar dibukakan hatinya untuk mengenal kalam Allah itu... Ayahanda aku memang amat bertegas terhadap anak-anaknya untuk belajar al-Quran dari kecik lagi(antara sebab aku dipaksa masuk ke kelas Aliran Arab masa lower form dulu).. harapan beliau yang tidak mahu anak-anaknya itu menjadi seperti dirinya....
Akan tetapi kepulangan aku awal Disember baru-baru ini mengejutkan aku... Beliau sidah mula ke masjid pada waktu maghrib untuk belajar Iqra' dari salah seorang kawannya yang mahir dalam al-Quran... Alhamdulillah... Aku amat bersyukur dengan perubahan ayahanda aku... dah lama aku harapkan perkara nii berlaku akhirnya doa bonda dan anak-anaknya dijawab juga oleh Allah SWT.
Memangla at first orang pandang pelik dan kata x malu ke baru nak belajar.... ni haa jawapan dia "pedulikan apa yang orang nak kata yang penting kita pandai membaca al-Quran." Aku tabik dengan sikap ayahanda sebab perbuatan itu menyebabkan beberapa lagi orang kampung turut sama-sama belajar al-Quran.... Memanglaa ade mulut-mulut sumbang yang mengejek perbuatan ayahanda yang menggunakan Iqra' untuk belajar kerana dirasakan perkara itu tidak efektif.... Disusruhnya ayahanda gunakan muqaddam untuk belajar...
Tapi bagi aku, ko nak expect apa dari orang yang huruf pun x kenal... nak hafal surah2 lazim? so Funny.... ayah aku tahu le 3 Qul semua tu.. tapi sampai bila nak hafal macam tu je kalau huruf pun x kenal.... aku sokong ayahanda aku 100%... Mereka semua yang dengki tu sembang Jahiliyyah je... hahaha...
sekarang ayahanda dah masuk Iqra' 3... doakan beliau istiqamah dalam belajar sampai boleh baca al-Quran ye para pembaca....kepada anda-anda yang juga seperti beliau... mulakan langkah pertama anada hari ini... Jangan malu atau segan.... Malu dengan manusia siapa je pandang??? Malu dengan Allah?? Merana dikk....
okay... hujan2 ni lapao pulak rasa...
Chow Dulu laa nak gi ngap sumtim... baibai...
Monday, December 15, 2014
Saturday, December 13, 2014
Kisah Blueberry yogurt
Assalamualaikum WBT..
what a lovely sunny day.... it's good to be at home in Dungun... totally different from Banting which every evening conform hujan....Azan Asar dah sekarang tapi aku nak karang juga sampai habis.
dah lama x menulis dalam blog ni sebenarnya.... actually kalau boleh nak je menulis setiap hari tapi hidup jadi student IB tu memang mimpi laa kalau ko nak mengarang kat sini.... Assignments berbalang-balang lagi tak sentuh.... Apatah lagi bergelar pelajar Final year IB...
Actually sebelum aku ceritakan dekat sini pasal Blueberry Yogurt seperti yang dinyatakan pada tittlenya...
ingin aku karangkan kehidupan aku menjadi pelajar Tahun 2 dan Semester 3 to be exact.... kesedihan yang abang-abang senior tinggalkan menjadi lebih teruk apabila naqibku bersikap berdiam diri.... x jenguk kami langsung... adela sepanjang semester tu dalam 2 atau 3 kali... aku jadi kecewa.... kecewa dengan perkara2 ni... langusng aku membuat keputusan bahawa mereka sudah tinggalkan aku...terkapai kapai keseorangan..... the feeling of being abandoned ni bukan aku je yang rasa tapi pada kawan-kawan seperjuangan aku juga....
Namun begitu aku saja pendamkan semua ini hanya disebabkan aku tak nak mereka sahabatku tahu perkara ini... aku tenggelam dalam kegelapan.... kesian dekat adik2 usrah aku... aku hanya layan mereka nak tak nak saje..konfom mereka x suka usrah sedih2.......
tapi aku kuatkan semangat dengan move on je.... aku pergi je surau but totally abaikan bab2 sebarkan da'wah semua...ampunkan aku ya Tuhan....
inilah kisah aku....
back to our main purpose of this post... kisah blueberry yogurt...
pertama kali aku terpandangkan yogurt tu...kecur air liur... ala2 tengok cinta pandang pertamaa... hahaha... tapi berfikiran panjang aku terus grab yogurt blueberry Dutchlady tu dan bayar kat kaunter....
hajat hati aku akan makan kat rumah laa konon2nya... rezeki katanya dah kempunan lama dah.... sampai rumah letak laa yogurt tu dalam peti ais.... "rezeki aku" fikir dalam hati...
bangun je pagi nak makan yogurt tu tiba2 je dah lesap.....panas je hati aku.... tanya bonda... sambil tersengih bonda menjawab
" Hazim(adik bongsu umo 4 thn) bukak tadi... dia makan sesuap pastu dia x suka...terus dibuangnya keluar jendela. "
What???!!! sesuap terus buang??? T-T
terus benda ni cross dalam kepala aku...tu haa Allah nak tunjuk.... yang kau punya ke, kau beli ke, hak kau ke... kalau bukan rezeki kau...benda memang bukan rezeki kau....
moral of the post... apa2 pun kau fikir kau ada duit berjuta ke, makanan bergunung ke. selagi x ada manfaat buat kau... itu bukan rezeki kau... itu semua rezeki orang lain.... bukan orang lain je.... haiwan lain, tumbuhan2 semua... dalam hak kau... ade rezeki orang lain... INGAT TU.... Chow to Solat Asar...
peace yow!!

Tuesday, March 11, 2014
Muslim: ada tanggungjawab ke??
Assalamualaikum....
Lama gila-gila dah tak menulis kat blog nie... entah kenapa hati tu rasa macam
tak tergerak pun menconteng dinding blog ni.....tetapi tiba-tiba je ketika
berada di Sk (Asli) tadi tergerak hati ni nak menulis balik....entahlah tak
pasti apa yang menggerakkan hati ini...yang pastinya semua itu adalah dari
Allah.....
sejak dari kali
terakhir saya mencoret blog ini, banyak perkara yang berlaku dalam hidup
sedikit sebanyak telah mengubah persepsi atau pandangan saya dalam hidup ini,
kata orang hidup ini perlu"enjoy".Beralasankan falsafah YOLO “you
only live once” tetapi sejauh manakah kebenaran itu??? Adakah YOLO itu betul?
Tidak!! Sebagai umat islam, wajib keatas kita untuk mempercayai bahawa “we will
live twice”?? apakah?? Adakah ini benar?
Ia....I will never make a false statement.. hehe
Adakah kita sudah
lupa bahawa sebagai seorang muslim kita perlu mempercayai bahawa adanya syurga
dan neraka...sudah semestinya kita akan hidup buat kali kedua selepas di dunia
ini.... tetapi jalan di dunia ini akan menentukan tempat tinggal kita di
akhirat kelak.
Allah memberikan
kita pilihan untuk mencorakkan diri kita sendiri, satu peringatan dari Allah
ingin saya kongsikan di sini ialah
surah al-zalzalah ayat tujuh dan lapan [99:7&8]:
“Maka barangsiapa mengerjakan kebaikan seberat
zarrah,nescaya dia akan melihat(balasan)nya.”
“Dan barangsiapa mengerjakan kejahatan seberat
zarrah,nescaya dia akan melihat(balasan)nya.”
Allah telah
memberi peringatan kepada kita setiap amalan itu akan diberi balasannya. Tidak kira
sekecil mana pun perbuatan itu tetap akan dihitung. Jadi sebagai muslim,
kadang-kadang kita alpa akan wujudnya tempat kedua selepas dunia. Setiap amalan
kita itu jarang sekali di muhasabah dalam hati.
Terkedu dalam
diri saya apabila terpandangkan pelajar-pelajar sk(A) itu, mereka masih kecil. Sebagai
umat Islam kita amat dekat dengan mereka iaitu kaum asli, tetapi ajakan atau
seruan Islam itu masih tidak kuat untuk meyakinkan mereka untuk menerima agama
Allah yang satu ini, apakah sanggup kita membiarkan mereka begitu sahaja? Apakah
sanggup kita menjawab di hadapan Allah kelak apabila ditanyakan mengenai hal
itu? Apakah sanggup kita berbuat demikian?
Kita lupa bahawa
Islam yang ada pada hari ini tidak lain dan tidak bukan adalah disebabkan
kesungguhan Rasul kita. Apabila turunnya surah al-mudassir 1-7, menunjukkan
bahawa tiada masa untuk kita berehat dibumi ini. Apabila sesudahnya Nabi
Muhammad s.a.w wafat perjuangan baginda disambung pula para sahabat. Mereka bermati-matian
menegakkan Islam di bumi ini. Adakah sanggup kita menghentikan usaha murni
mereka itu? (berdasarkan an-nisa’:165)
Marilah kita
perbaharui semula diri kita dan menjadi seorang yang bertanggungjawab terhadap
diri kita mahupun orang lain. Kerana sebagai seorang muslim itu
tanggungjawabnya amat besar...hal ini membolehkan kita supaya hidup tenang di
alam akhirat nanti......bersambung....(dah nak masuk zuhur)
Subscribe to:
Posts (Atom)