Monday, December 15, 2014

Le Babah

Assalamalaikum WBT

First of all, I would like to thank those who read my blog... hahaha... blog cikai-cikai je pun... tak sangka akan ada orang baca blog ni...terutamanya abam-abam manis dan kakak-kakak chomeyl.... Semua nukilan ni hanya coretan diilhamkan Yang Maha Kuasa... Alhamdulillah... Praise to Allah...harapnya dapat tinggalkan jejak-jejak komen yang membina agar dapat saya yang humble ni(eheh humble ke??) membaiki tulisan ni mahupun diri ini..:)

baru 2 hari lepas saya bicarakan tentang lovely sunny day dekat Dungun dalam post kisah blueberry yogurt akan tetapi Allah itu Maha Kuasa... Semalam aku dapat tengok awan hitam berarak bagaikan askar perang datang dari arah Laut China Selatan...dah agak sebenarnya apa yang bakal berlaku pada hari ini dan hari-hari terkemudian(ada ke terkemudian??)...Lantaklah... awan-awan yang datang tanpa dijemput itu memuntahkan peluru-peluru hujan tanpa henti dari Semalam.... Dengar cerita kawasan Kuala T'ganu, Besut dan Kemaman dah dilanda bah.... Dungun  belum lagi.... Doakan kami disini tenang dan sabar menghadapi ujian hujung tahun ni... Ala...korang ingat UPSR,PT3,SPM je ke buat hujung tahun... Ujian bah ni pun Allah buat hujung tahun jugak....

Sejukk....

Risau jugak aku sebenarnya sekarang... ayahanda baru je berangkat ke Cherating untuk Kursus beliau.. Kemaman pulak tengah banjir (untuk makluman Kemaman berada dalam list daerah dalam perjalanan Dungun-Kuantan)... diharap ayahanda berada dalam keadaan sihat dan selamat...


Habis dah intro....

Hari ni aku akan kongsikan mengenai Babah aku... aku berbangga dengan perubahan yang positif  yang berlaku...

Jujur aku katakan yang ayahanda aku buta al-Quran(disebabkan sejarahnya yang hafal je quran tanpa kenal huruf sampai juz 3 di kelas mengaji). Selalu aku berdoa agar dibukakan hatinya untuk mengenal kalam Allah itu... Ayahanda aku memang amat bertegas terhadap anak-anaknya untuk belajar al-Quran dari kecik lagi(antara sebab aku dipaksa masuk ke kelas Aliran Arab masa lower form dulu).. harapan beliau yang tidak mahu anak-anaknya itu menjadi seperti dirinya....

Akan tetapi kepulangan aku awal Disember  baru-baru ini mengejutkan aku... Beliau sidah mula ke masjid pada waktu maghrib untuk belajar Iqra' dari salah seorang kawannya yang mahir dalam al-Quran... Alhamdulillah... Aku amat bersyukur dengan perubahan ayahanda aku... dah lama aku harapkan perkara nii berlaku akhirnya doa bonda dan anak-anaknya dijawab juga oleh Allah SWT.

Memangla at first orang pandang pelik dan kata x malu ke baru nak belajar.... ni haa jawapan dia "pedulikan apa yang orang nak kata yang penting kita pandai membaca al-Quran." Aku tabik dengan sikap ayahanda sebab perbuatan itu menyebabkan beberapa lagi orang kampung turut sama-sama belajar al-Quran.... Memanglaa ade mulut-mulut sumbang yang mengejek perbuatan ayahanda yang menggunakan Iqra' untuk belajar kerana dirasakan perkara itu tidak efektif.... Disusruhnya ayahanda gunakan muqaddam  untuk belajar...

Tapi bagi aku, ko nak expect apa dari orang yang huruf pun x kenal... nak hafal surah2 lazim? so Funny.... ayah aku tahu le 3 Qul semua tu.. tapi sampai bila nak hafal macam tu je kalau huruf pun x kenal.... aku sokong ayahanda aku 100%... Mereka semua yang dengki tu sembang Jahiliyyah je... hahaha...

sekarang ayahanda dah masuk Iqra' 3... doakan beliau istiqamah dalam belajar sampai boleh baca al-Quran ye para pembaca....kepada anda-anda yang juga seperti beliau... mulakan langkah pertama anada hari ini... Jangan malu atau segan.... Malu dengan manusia siapa je pandang??? Malu dengan Allah?? Merana dikk....

okay... hujan2 ni lapao pulak rasa...

Chow Dulu laa nak gi ngap sumtim... baibai...



No comments: