Friday, March 15, 2013

Human Desire....

Salam penuh kerinduan dari hati...:)

Perasankah kita trend remaja sekarang ini yakni mereka yang berumur 16 tahun keatas sering mengeluarkan status di Facebook atau Twitter berkenaan dengan kahwin atau keinginan untk mempunyai pasangan hidup..

Ye...KAHWIN......Saya bukan berniat untuk memperlekehkan hasrat hati mereka...Jujur dan ikhlas saya katakan bahawa saya juga seperti mereka..

Gambar Hiasan(my cousin)
 Apabila kita fikirkan kembali...dari sudut pandangan Islam itu sendiri...Islam memang menggalakkan umatnya untuk mendirikan rumah tangga seusia muda bagi mengelakkan berlakunya penzinaan....itu sudah semestinya...jika kita bandingkan zaman dahulu...remaja dahulu berkahwin ketika mereka sudah baligh...

Tapi kini....masyarakat amat mementingkan status yakni darjat.....seperti taraf pendidikan....bagi mereka yang mempunyai ilmu agama yang cukup saya tidak gusar...tetapi bagi mereka yang kurang ilmu agama tetapi masih berkeinginan untuk berkahwin...saya sangat khuatir...bahkan jika kita lihat statistik penceraian 2012 dalam berita harian online hari ini seperti yang dikeluarkan oleh JAKIM....

"kadar penceraian 2012 adalah setiap 15 minit.."

Mengerikan bukan? Turut dimaklumkan antara punca penceraian adalah disebabkan oleh kurang penghayatan agama dalam setiap pasangan...Hal  ini jelas menunjukkan jika perkahwinan tanpa agama bakal membawa kepada kehancuran juga...

Nasihat saya adalah tidak salah jika kita mahu memasang niat untuk berkahwin awal tetapi pastikan agama dalam dada itu cukup untuk mengharunginya nanti...kita sudah semestinya tidak mahu sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna.....

2 comments:

closed said...

alah, nak kawen.uhukuhuk

Unknown said...

haha....yer la saja jer bagi peringatan untuk kau ss...x lama lagi kau nak kawin ngn shareez