Assalamualaikum....
Lama gila-gila dah tak menulis kat blog nie... entah kenapa hati tu rasa macam
tak tergerak pun menconteng dinding blog ni.....tetapi tiba-tiba je ketika
berada di Sk (Asli) tadi tergerak hati ni nak menulis balik....entahlah tak
pasti apa yang menggerakkan hati ini...yang pastinya semua itu adalah dari
Allah.....
sejak dari kali
terakhir saya mencoret blog ini, banyak perkara yang berlaku dalam hidup
sedikit sebanyak telah mengubah persepsi atau pandangan saya dalam hidup ini,
kata orang hidup ini perlu"enjoy".Beralasankan falsafah YOLO “you
only live once” tetapi sejauh manakah kebenaran itu??? Adakah YOLO itu betul?
Tidak!! Sebagai umat islam, wajib keatas kita untuk mempercayai bahawa “we will
live twice”?? apakah?? Adakah ini benar?
Ia....I will never make a false statement.. hehe
Adakah kita sudah
lupa bahawa sebagai seorang muslim kita perlu mempercayai bahawa adanya syurga
dan neraka...sudah semestinya kita akan hidup buat kali kedua selepas di dunia
ini.... tetapi jalan di dunia ini akan menentukan tempat tinggal kita di
akhirat kelak.
Allah memberikan
kita pilihan untuk mencorakkan diri kita sendiri, satu peringatan dari Allah
ingin saya kongsikan di sini ialah
surah al-zalzalah ayat tujuh dan lapan [99:7&8]:
“Maka barangsiapa mengerjakan kebaikan seberat
zarrah,nescaya dia akan melihat(balasan)nya.”
“Dan barangsiapa mengerjakan kejahatan seberat
zarrah,nescaya dia akan melihat(balasan)nya.”
Allah telah
memberi peringatan kepada kita setiap amalan itu akan diberi balasannya. Tidak kira
sekecil mana pun perbuatan itu tetap akan dihitung. Jadi sebagai muslim,
kadang-kadang kita alpa akan wujudnya tempat kedua selepas dunia. Setiap amalan
kita itu jarang sekali di muhasabah dalam hati.
Terkedu dalam
diri saya apabila terpandangkan pelajar-pelajar sk(A) itu, mereka masih kecil. Sebagai
umat Islam kita amat dekat dengan mereka iaitu kaum asli, tetapi ajakan atau
seruan Islam itu masih tidak kuat untuk meyakinkan mereka untuk menerima agama
Allah yang satu ini, apakah sanggup kita membiarkan mereka begitu sahaja? Apakah
sanggup kita menjawab di hadapan Allah kelak apabila ditanyakan mengenai hal
itu? Apakah sanggup kita berbuat demikian?
Kita lupa bahawa
Islam yang ada pada hari ini tidak lain dan tidak bukan adalah disebabkan
kesungguhan Rasul kita. Apabila turunnya surah al-mudassir 1-7, menunjukkan
bahawa tiada masa untuk kita berehat dibumi ini. Apabila sesudahnya Nabi
Muhammad s.a.w wafat perjuangan baginda disambung pula para sahabat. Mereka bermati-matian
menegakkan Islam di bumi ini. Adakah sanggup kita menghentikan usaha murni
mereka itu? (berdasarkan an-nisa’:165)
Marilah kita
perbaharui semula diri kita dan menjadi seorang yang bertanggungjawab terhadap
diri kita mahupun orang lain. Kerana sebagai seorang muslim itu
tanggungjawabnya amat besar...hal ini membolehkan kita supaya hidup tenang di
alam akhirat nanti......bersambung....(dah nak masuk zuhur)
1 comment:
what a nice entry! keep on writing a good one :)
Post a Comment