Tuesday, March 11, 2014

Muslim: ada tanggungjawab ke??

Assalamualaikum.... Lama gila-gila dah tak menulis kat blog nie... entah kenapa hati tu rasa macam tak tergerak pun menconteng dinding blog ni.....tetapi tiba-tiba je ketika berada di Sk (Asli) tadi tergerak hati ni nak menulis balik....entahlah tak pasti apa yang menggerakkan hati ini...yang pastinya semua itu adalah dari Allah.....
sejak dari kali terakhir saya mencoret blog ini, banyak perkara yang berlaku dalam hidup sedikit sebanyak telah mengubah persepsi atau pandangan saya dalam hidup ini, kata orang hidup ini perlu"enjoy".Beralasankan falsafah YOLO “you only live once” tetapi sejauh manakah kebenaran itu??? Adakah YOLO itu betul? Tidak!! Sebagai umat islam, wajib keatas kita untuk mempercayai bahawa “we will live twice”?? apakah?? Adakah ini benar?  Ia....I will never make a false statement.. hehe
Adakah kita sudah lupa bahawa sebagai seorang muslim kita perlu mempercayai bahawa adanya syurga dan neraka...sudah semestinya kita akan hidup buat kali kedua selepas di dunia ini.... tetapi jalan di dunia ini akan menentukan tempat tinggal kita di akhirat kelak.
Allah memberikan kita pilihan untuk mencorakkan diri kita sendiri, satu peringatan dari Allah ingin saya kongsikan di sini ialah
 surah al-zalzalah ayat tujuh dan lapan [99:7&8]:
“Maka barangsiapa mengerjakan kebaikan seberat zarrah,nescaya dia akan melihat(balasan)nya.”
“Dan barangsiapa mengerjakan kejahatan seberat zarrah,nescaya dia akan melihat(balasan)nya.”
Allah telah memberi peringatan kepada kita setiap amalan itu akan diberi balasannya. Tidak kira sekecil mana pun perbuatan itu tetap akan dihitung. Jadi sebagai muslim, kadang-kadang kita alpa akan wujudnya tempat kedua selepas dunia. Setiap amalan kita itu jarang sekali di muhasabah dalam hati.
Terkedu dalam diri saya apabila terpandangkan pelajar-pelajar sk(A) itu, mereka masih kecil. Sebagai umat Islam kita amat dekat dengan mereka iaitu kaum asli, tetapi ajakan atau seruan Islam itu masih tidak kuat untuk meyakinkan mereka untuk menerima agama Allah yang satu ini, apakah sanggup kita membiarkan mereka begitu sahaja? Apakah sanggup kita menjawab di hadapan Allah kelak apabila ditanyakan mengenai hal itu? Apakah sanggup kita berbuat demikian?
Kita lupa bahawa Islam yang ada pada hari ini tidak lain dan tidak bukan adalah disebabkan kesungguhan Rasul kita. Apabila turunnya surah al-mudassir 1-7, menunjukkan bahawa tiada masa untuk kita berehat dibumi ini. Apabila sesudahnya Nabi Muhammad s.a.w wafat perjuangan baginda disambung pula para sahabat. Mereka bermati-matian menegakkan Islam di bumi ini. Adakah sanggup kita menghentikan usaha murni mereka itu? (berdasarkan an-nisa’:165)

Marilah kita perbaharui semula diri kita dan menjadi seorang yang bertanggungjawab terhadap diri kita mahupun orang lain. Kerana sebagai seorang muslim itu tanggungjawabnya amat besar...hal ini membolehkan kita supaya hidup tenang di alam akhirat nanti......bersambung....(dah nak masuk zuhur)

1 comment:

Anonymous said...

what a nice entry! keep on writing a good one :)